Sejarah perkembangan Khawarij

Setelah kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang dibunuh oleh orang Khawarij, kaum Muslimin mengangkat Ali bin abi Talib sebagai khalifah. Berita kewafatan Uthman sampai kepada Muawiyah ibn Abu Sufyan, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Uthman bin Affan.Sesuai dengan tradisi Islam, Mu'awiyyah berhak menuntut balas atas kematian Uthman. Mendengar berita ini, orang-orang Khawarij ketakutan, lalu menyusup ke pasukan Ali bin Abi Talib. Mu'awiyyah berpendapat bahawa semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Uthman harus dibunuh, sedangkan Ali berpendapat yang harus dihukum hanya mereka yang membunuh Uthman saja mengikut hukum qisas dalam Islam.

Kerana keengganan Muawiyyah mengikut hukum qisas,akhirnya terjadilah perang Siffin. Untuk berdamai, masing-masing pihak mengirim utusan untuk berunding. Melihat hal ini, orang-orang khawarij keluar dari pasukan Ali bin abi Talib dan merancang untuk membunuh Mu'awiyyah dan Ali, tapi yang berjaya mereka bunuh hanya Ali bin Abi Talib.